28 December 2009

You're So Lucky!

Salam. Dah lama tak menulis. Aku nak tulis la pulak kali ni. Erm, korang selalu tak mengalami situasi yang macam ni? Situasi di mana anda mengharapkan tips-tips bernas dari seseorang, tapi orang tu pulak membalas dengan satu bentuk jawapan yang "mengecewakan". OK aku bagi contoh la.

Contoh 1 : 

Aku tanya someone, " Eyh, kulit ko lawa la. Takde jerawat pun. Apa rahsia ek? Ko pakai produk apa? Kongsi ar skett....". Then someone tu pun menjawab, " Eyh, takde la. Aku tak pakai apa-apa pun. Sepanjang hidup aku ni aku tak pernah guna pencuci muka pun..."


Contoh 2 :

Aku tanya someone, " Eyh, ko dari dulu sampai sekarang sliiim je ek. Kagum aku. Ko diet ke apa?..." Then someone tu pun jawab, " Ceh takde masa aku nak diet2 ni. Tak puas hidup la kalau camtu. Aku bantai je makan semua, tolak besi dengan kayu je...."


Contoh 3 :

Aku tanya someone, " Wah, gempak giler result ko! Camne ko study ek? Kongsi ar petua2 sket..." Then someone tu pun jawab, " Ala, aku takdela pulun study sangat pun, aku study last2 minute je kot..assignment pun semua aku bantai buat last minute before submit...gile gelabah aku masa tu...''

Boleh caya ke jawapan-jawapan mereka ni?

"MENGECEWAKAN" sungguh bukan? "MENGECEWAKAN" ni lebih kepada envy pun ye jugak. Sebab, apa yang mereka kecapi tu tak berkadaran dengan usaha mereka. Or maybe because, some of them are just plain lucky!


Apa-apa pun, bersyukurlah dengan nikmat yang ada pada kita sekarang. Sebab mungkin pada satu masa yang akan datang, kita pulak yang jadi "someone" itu...kan?



-this is what I want to tell you, "You're Sooo Lucky!!"-

10 comments:

Knicher Sc. said...

is that book kind of inspiration/motivational stuff? bape hengget mak temah?

Najlaa Raihana said...

Malangnya tidak. Ni english fiction biase...I simply love the cover...heh

jalak lenteng said...

betul gak .. benda2 tu mcm slalu jek jadi..mmg dioang tanak kasi bocor rahsia kejayaan dioang..

Pocket said...

alaaah, diorang tu trying to be modest,
tak nak la bagi tips macam profesional bagai..

lg pun, maybe malash nak citer panjang panjang,
'ko amik sireh, ko lumatkan nyer, n ko campurkan limau purut wit kunyit, then larutan ni ko sapu kat siku n tumit ko dikala bulan menganbang ngan jampi ni...
"hai mengkala hati sajud sani ku, kala jadi bagi aku, kala indah bagi aku"
bla bla bla.... n ko tak leh mandi besok paginyer.. buat tiga minggu skali.'

kan ker susah nak explain tu:D
tak jadi light chatting, jd sesi q n a dah...
segan la dia ngan orang lain dlm group:)

buleh? heheheh:)

Anonymous said...

aku 'KECEWA' sebab entri nie takde point yang boleh dikutuk.keh...keh

fndrocka said...

u r so cute..apa rahsia?

Najlaa Raihana said...

jalak - heh, kkdg tu btol gak ape yg diorg ckap...mcam yg aku bgtau...they are so lucky!


pocket - waahh mcam ade penglaman sndri jek...bagus tips tu.berkesan x?? haha


anon razi - ooo ko dah pandai smbunyi di sebalik nama anon ekk....cis!


fndrocka - awww~ comelnye ko (hehe ttbe...) cute tu kejadian smulajadi so mmg takde tips. ahah!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

nampak sgt aku jer yang slalu kutuk ko.mulai tahun 2010 ini aku berubah!

Zulkifli Shawal said...

kna nyanyi legu "lucky" ni.haha

Najlaa Raihana said...

razi - alhamdulillah..


zul- perlu ke? haha=p