27 September 2009

Agak Lambat..Tapi...

...aku tetap nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca. At least aku tau, apa yang aku tulis dalam blog ni tetap mendapat perhatian daripada orang-orang yang prihatin seperti anda!! hehehe~ Terima kasih juga kerana sudi melayan cerita-cerita kehidupan aku walaupun aku tau aku bukanlah orang popular mahupun glamor yang kehidupannya perlu divideokan setiap hari.

Sempena bulan Syawal ini, aku ingin memohon maaf andai ada penulisan-penulisan dalam blog ini yang telah mencalar hati nurani anda, andai ada tulisan yang membuatkan anda rasa nak ketuk-ketuk kepala aku laju-laju, andai ada tulisan-tulisan yang anda memang tak boleh terima...( tapi aku rasa mesti takde punye lah kan?? ) aku mintak maaf banyak-banyak. Niat aku cuma menulis dengan ikhlas tanpa mau menyakitkan hati sesiapa jua. 

Nak ajak datang ke rumah pun, aku takde kat rumah. Jadi tak payah la datang ek. Rumah sewa aku kat Penang bukan ade apa. Nanti aku serve biskut kering ada pulak yang tarik muka nanti. 

Okeh mood raya tak habis lagi. Nak pegi beraya lagi niiii...~ daaa~ 

- SELAMAT HARI RAYA!-

9 comments:

fndrocka said...

kalau aku nak ketuk-ketuk ke[pala kau laju-laju..boleh tak kau tunaikan hasrat murni lagi suci aku itu?

tak payah ziarah rumah kau, ziarah blog pun ok lah.

Pocket said...

lambat tu dik,
memang lambat,
tp considering shawal tu sebulan,
buleh jer lg:D

kira ucapan raya nam la kan:D

Fatt Chin Choy said...

salam najlaa...

selamat hr raya maaf zahir batin sekiranya komen2 aku selama ini mengguris hati mu ecece

oh ya... aku dah lari dari kepopularan dan menjadi anonymous blogger...

ko tau gak siapa kan...

anyway.. semoga ko bergembira dan jumpa jodoh ;p

En.Beskot™ said...

slamat ari raye..
maap zahir batin..
kechik je dunia blog nih rupenye..

ako said...

Naj keampunan kemaafan...
Biskut kering pn xpa...yg pnting niat suci murni 2!!
hahaha...

TUN said...

selamat hari raya..
xda kad raya ek tahun nih..

atok said...

slamat ary rayee akakkk.
jemput la dtg umaaa.
sky juice spesel punyaa. keke

Najlaa Raihana said...

fndrocka - boleh-boleh silalah~ (reverse psycho)

pocket - ala hentam je...janji wish...hehe

fatt chin choy - maaf zahir batin jugee...knape ttbe berubah? lari dr hutang lama la nih...

en beskot - ape yg kecik sgt tu??

ako - same la jugak

tun - kad raya takdakkk...malas la taun ni

atok - mcam x ikhlas je bunyiknye..

jalak lenteng said...

selamat ari raya jugak kat ngko najlaa oi..