24 April 2009

Anatomy is Not PORN...

I Hope you will understand why I put this title as you go along the lines...

Ohhh....

Selesai sudah minggu pertama aku untuk rotation SURGERY. 3 weeks (of hell) more to go!!!. Yang pastinya, setakat ini aku lebih minat MEDICINE daripada SURGERY. Tension betul aku dengan surgeon-surgeon yang semuanya 'stern' dan tak berperasaan ni. Setiap kali pergi ward mesti hati tak tenang sebab tau yang kami akan dimarah dan diherdik. Dan sehingga satu level tu, kami semua jadi pasrah. Apa nak jadi pon jadi la. Mula-mula segan jugak kalau kena jawab soalan lepas tu salah, lepas tu kena perli takpon kena marah depan groupmate sendiri. Lama-lama aku dah 'immune'. Semua pon faham situasi masing-masing. Semua pun akan kena yang sama. 




First day kami di surgical ward.
Awal-awal pagi dah kena halau dengan Dr. Prem sebab taknak group kami follow ward round dia. " Group B2, go away! I wont take you..." Sebab ada masalah komunikasi sebenarnya. Ceh, buat penat aku bangun pagi-pagi drive pergi hospital. OK fine. Kami pun pergi clerk patient. Patient tu datang sebab inguinal hernia. After dah habis clerking, kami ada teaching session dengan Prof LEE ( sila lihat post sebelum ini ). Horror. First day dah kena teruk. Ada yang kena halau (with honor) keluar kelas. Palpitation aku sepanjang session tu. Aku rasa lagi baik kena halau dari terus stay dalam kelas tu!


Second day, kena ada dekat ward pukul 7. Teaching session dengan Mr Kingston. Dia ni pun memang boleh tahan 'stern' jugak. Suara dia memang satu ward tu boleh dengar. Tapi, OK la. Lepas habis teaching, kami clerk patient lagi. Kali ni patient ada masalah ischeamic lower limb secondary to heart problem and another risk factor is that he is having diabetes. Tengah-tengah kami tanya soalan dekat patient ni, tiba-tiba dia dengan rela hati memberitahu, " Sex pon sekarang ada problem jugaa..." Kami berdua yang agak sentap, cuba menkontrol diri lalu dengan tenang aku tanya balik, "Oh, dah berapa lama yek ada masalah tu?" Lalu patient pon jawab, " Dah setahun la, dulu playboy tapi sekarang satu isteri pon tak boleh buat..." dia gelak gelak....Hurmm, bagus ada patient 'open' macam gini. Tak payah susah-susah aku nak susun ayat, dia dah bukak cerita dulu...


Third day. Better la hari ni dengan Mr Kevin. Walaupun, student tak takut sangat dengan dia ni, sebab dia selalu buat lawak, tapi bila kena time bedside teaching, dia agak strict jugak. Especially bab MANNER. Tak sangka. Tengah-tengah dia mengajar tu, dia ada buat lawak, tapi muka dia maintain je. Kami pun gelak je la. Sekali dia cakap, " Dont laugh when you are at the bedside. Patients will think that you are laughing at them! " Time-time tu jugak kami pasang muka serius kami balik. Duhh, kalau tanak kami gelak, jangan la buat lawak!!


Fourth day. Kami kena ada dekat ward pukul 6 pagi!! Aku terbangun lewat pulak tu sebab aku tidur lewat. Pukul 3.30 am baru tido. Bangun je, jam tunjuk 5.30. Aku terus pakai baju, basuh muka dan terus pegi hospital. Mandi?? Tak sempat la woii...Sampai-sampai je, kami kena clerk satu patient dengan Breast Cancer. Aku yang memang tak ready sangat dengan case Breast, terus bukak buku, baca mana yang patut, untuk refresh memory. Takut kalau-kalau kena buat examination or kena tanya soalan. Mati aku. Isk, kata minggu ni buat case vascular je! Haihhhh...tapi end up, OK je. Patient tu ada end stage breast cancer. She has got fungating, necrotizing breast which is so obvious! Dan dah metastasize pergi dekat liver sebab dia ada jaundice and ascites. Too bad. Berat badan pulak jatuh dari 100kgs to 45 kgs!! 


And fifth day, which is today. Best sangat sebab Ms Suseela tu baik. Dia ajar macammana nak examine breast on this one patient in the clinic. At last! Nak buat breast examination bukan senang. Tak semua patient boleh accept kalau tiba-tiba student nak examine bahagian itu. Dia ajar procedure and management jugak. After that, kami pergi clerking lagi. Before clerking, kami sempat pergi dressing room tengok nurses tu letak dressing on burnt patient. Tak senang duduk patient tu sebab tahan sakit yang amatttt! Last sekali, kami clerk patient ni. Dia ada ovarian cancer tapi dah post-op. Sekarang ni dia tengah buat radiotherapy. Chief complaint before dia kena diagnose dengan ovarian cancer sangat 'subtle'. Dia cuma ada masalah nausea, low grade fever, bloating & mild ascites. End up, dia kena buang both of her ovaries. Hurmm..baru semalam aku rasa nauseated and bloating....adakah itu tandanyaa...err!

p/s Movie Laskar Pelangi dah ada dekat Youtube! Do check it out! Rugi tak tengok woo...

p/s next week: Orthopaedic!!

12 comments:

mkaw77 said...

nyesal dulu x blaja rajin²..
baca mcm best jer...

atok said...

asam gram seorang jururawat.
eheh

Kapten Luffy said...

mcm2 boleh dipelajari kat sana ek

kenapa org tu sakit? puncanya?

hmmmmm

bagus...

boleh jadi insaf..

oh ya... adik aku nurse... :)

Narina Joe "Najo" said...

TSS - baca kat sini mmg mcm best..tp kalau ada dekat ward...taklah se'best' yg disangkaa...huhu


atok - jururawat? =) yang buat dressing tu je laa...


luffy - betol. banyak boleh belajar. dan kat sni boleh nampak orang semua macam-macam perangai & masalah..

Anonymous said...

bkn jururawat la atok...doktorrr...~~

hehe....dlu ak amik bio,xpenah dpt A...plg tggi pn pnah dpt 72 marks...hampehs..

Narina Joe "Najo" said...

anonymous, bukankah lebih baik kiranya anda letak nama anda sekali? =)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Hish...br baca dah tegak bulu roma...owh...aku bukan dilahirkan sebagai doktor...

Anonymous said...

ok2...lenkali ak letak haa... (",)

Narina Joe "Najo" said...

razi - oh..ngeri sgt ke cerita aku ni? bukan citer hantu pon kann..

anon - baiklahh...

alone said...

fuh. mencabarnya!

Faizul said...

baguss..
jadilah doktor yang beriman..;)

ako said...

huuu...bleh tahan eh...m'cabar norma...