21 January 2009

Aku dan Exam...

Yaa, exam sudah tamat. Tapi perasaan aku masih kosong. Nak kata gembira sangat pun tak, sedih sangat pon tak jugak. Entah. Cuma sekarang aku bertawakkal lillahitaala je. Kalau ikut hati jujur aku, aku akan kata exam kali ni memang susah nak mampus, tapi aku masih meletakkan harapan yang tinggi untuk aku pass. 

Semalam aku tidur 10 jam! Ya, first time ever sejak beberapa bulan yang lepas aku tak rasa segar bila bangun pagi macam yang aku rasa pagi ni. Sebelum ni everytime bangun pagi rasa macam ZOMBIE. Bangun pagi, terus capai notes. Baca baca dan baca sampai 'muntah'. Lepas tuh tiba-tiba perut bunyi-bunyi. Marah sebab tak dibagi makanan. Aku bertahan je sebab notes banyak yang aku tak baca lagi. Kalau aku turun pegi dapur maunye ambik 10 minit gak tuh. Dah la dapur jauh gila. ( time exam je rasa jauh, time lain rasa dekat je. pelik kan? )

Kreuukk...kruuukkkenberg !! ( horror gila bunyi perut aku )

OK... Fine! Aku gi turun dapur jugak la amik makanan yang ada. Masalahnya sepanjang exam aku takde selera. Aku makan sebab ko berbunyi je wahai perutku. Yang peliknya every 3 hours perut tak habis-habis berbunyi. Banyak sangat ke glucose yang otak aku pakai? Lemak kan ada, apsal tak amik lemak tu? Boleh aku kurus sket. Melalut apa aku ni !



Setiap kali exam, aku rasa akulah makhluk paling selekeh sekali di alam ini. Bilik aku jangan cakap la rupa macam mana. Dengan katil yang ala-ala queen size bed ni pun macam dah takde ruang untuk aku tido. Penuh dengan notes dan buku-buku. Kalau ade ruang pon, memang cukup untuk aku tidur seorang dalam keadaan yang sangat statik. Tak boleh gerak kiri kanan. Nasib baik aku ni bukan jenis yang tidur buas. Tidur pulak sejam, dua jam. Muka sah-sah macam panda dah. But I dont give a damn. Inilah satu-satunye masa yang aku rasa ada exception untuk berbuat suka hati dengan diri aku tanpa perlu control-control ayu dan ber'mekap-mekap'. Bebasnya duniaa!

Setiap kali exam, kekerapan mandi aku berkurang. Yes I admit. Nasib baik sekarang memang winter. Bagus-bagus, jimat masa aku. Basuh muka, gosok gigi cukup. Aku kalau mandi maunya ambik 30 minit. Ni semua sebab aktiviti aku melalak dalam shower. Kalau tak melalak macam rasa tak complete lah. 

Setiap kali exam, aku macam manusia tanpa perasaan. Taktau kenapa la. Rasa macam restricted untuk bergembira. Otak aku fikir nak fokusss je. Buat apa-apa pun fikir exam. Makan exam, tido exam, mandi exam, gila exam. Nak buat benda lain macam takde mood. Just me and myself. Orang lain takleh kacau. Suckss!

Setiap kali exam, aku taktau apa yang berlaku sekeliling aku. Ada jugak perasaan malas nak amik tau. Sebab aku tak rasa ade perkara lain yang lebih penting dari exam dalam hidup aku. As for the GAZA issue, hati aku membuak-buak nak tengok berita and baca artikel semua, tapi aku tak boleh jugak. Aku siap buat promise lagi. "Takpe, after exam je aku akan korek balik artikel-artikel yang orang forward kat aku before ni, then baca."

Setiap kali exam, especially time buat paper MCQ la, aku ada satu perasaan ni. Perasaan takut bila dengar 1st page diselak oleh orang lain kerana memikirkan betapa die seorang yang hebat kerana dapat menjawab dalam masa yang singkat! Huh! But this only applies on the 1st page la sebab tu je yang obvious pun kan. Psycho betul. Dah la aku ni memang cepat lemah semangat dalam hal-hal sebegini. Nak baca question pun semacam lembap. 

Aku pernah jugakla terfikir nak buat-buat selak paling awal konon-konon cepat jawab. Just to increase my level of confidence. Tapi, tak menguntungkan diri aku. Bazir masa lagi adala kan. Aku selak every page slow-slow je tau, sebab taknak bagi orang rasa psycho. Aku tau sangat perasaan itu macam mana. So, untuk anda-anda yang rasa macam hebat jawab cepat tu...haih, considerate la sket, selak pelan-pelan je lepas ni, ok? Lagi satu, aku takut sangat kalau perut aku berbunyi time jawab paper. Ahh, horror!! dah pernah sekali, malu siott!

Dan, setiap kali exam, aku mesti lupa nak wish birthday orang. Aku tak lupa sebenarnya (ceh, yeke?) just that, aku semacam takde mood untuk meng"wish" happy birthday. Taknak la wish dalam keadaan terpaksa, semacam tak ikhlaslah pulak kan?

So, here aku nak wish untuk sesapa yang aku ingat la sambut birthday time aku exam ni:

HAPPY 54th BIRTHDAY, PAPA! (16/1) 
HAPPY 17th BIRTHDAY, A'AN! (16/1)
HAPPY 23rd BIRTHDAY, RAZI! (19/1)
HAPPY (WHATEVER AGE YOU ARE) BIRTHDAY, JANUARIAN! (including me hehe)

******

11 comments:

Azah said...

haha...najlaa ni lucu lah..takut sgt ng exam ek??
kalo x pass lg tu x tau nk kate ape la...

cik iman said...

i been thru al those memory...ble dah keje trase nak blajar..ble xm..trase xcukup jam kat dunia ni..neway..smoga bjaye ngan cemerlang..

Kapten Luffy said...

memang horror betul..

pasal bilik bersepah tu... samalah kita... tapi aku semua tu dah berlalu... hahaha

Adry said...

lalala... rileks jerr... i know you'll be just fine...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Ko nie nak exam ker nak menghadapi hukuman mati?Rileks sudey...

Pengalaman aku kalo nak exam,mse tue la banyak hiburan datang mengoda.Movie,game,gadis-gadis.

BTW,thanks...aku ingatkan ko dah lupa.Dah pasrah jer...(poyo...mcm putus cinta jer...huhuhu)

ako said...

hadapi dengan senyuman...
besday ako naj x wish pn...
huhuhu

Narina Joe "Najo" said...

Azah
mestila takut...lagi2 sekarang nih...huhu~ doakan kami...

nurul iman
heh..begitulah lumrah manusia...
thanks~

Shafie
yupp my bday is in Jan, but still yet to come~

luffy
huhu same ker....good good at least ade geng...

adry
thanx...doakan saya~

Razi
huhu...takut la...
hiburan tuh semestinya..kekadang mnde yg tak perlu tengok pun, tetiba rase mcam nk tengok time exam tu. stress kot. aku baru tgk "the hoppers and ahli muzik" time exam. ingatkn nak habiskan after xm tp takleh...huhu...best sgt mnde tuh..

hehe..seperti yg aku katakan, aku tak lupe, tp exactly date tuh aku ade paper...ala, at least aku wish...hehe~

ako
bday ako bila la pulak??

Anonymous said...

yeayh
dh abes exam
* tolong sorakkan skali
HIHIHI

biasa laa
tu la
simptom2
bile nk exam

Anonymous said...

uhuh. same with me. i can stay reading notes for the whole day. sometimes forget to eat and taking bath.

ada van de kamp said...

happy birthday kak naj, walaupun x tau bila tarikhnya.hihi =P

ako said...

ako pnye bday in dis...kna tgu laa lgi...huhuu...same ke kte?