27 August 2008

Mana Pergi Semangat Merdeka..?


Salam Merdeka!
Tapi, benarkah kita sekarang dalam bulan Ogos..?
Aku tak nampak pun Jalur Gemilang berkibar atas kereta, 
mahupun digantung di hadapan rumah atau shopping complex..?
Kenapa, kenapa, kenapa...?


Ya, Kemerdekaan bakal disambut juga di Dataran Merdeka nanti..
Tapi kali ini tidak seperti sambutan 50 tahun terdahulu..
Ada sesuatu yang tak kena kali ni..
Kenapa, kenapa, kenapa...?


Alasannya...? banyaaakk....dikatanya
"Harga minyak naik, harga barang naik, 
nak jimatkan ekonomi negara,
kurangkan perbelanjaan negara, rakyat tak puas hati,
 isu Anwar dengan liwat,
isu Saiful dengan sumpah laknat, 
isu UiTM dengan kuota pelajar, isu pelajar dengan AUKU, "
Tapi, benarkah alasan ini puncanya...? 



Solusinya...? adaaa...dikatanya
"Turunkan harga minyak, 
hapuskan rasuah, 
tiada lagi taktik kotor,  
dengar suara hati rakyat,
 jangan bebankan rakyat..."
Tapi, benarkah solusi ini mampu menaikkan semangat merdeka?


Adakah yang sudi mendengar luahan ini..?
Mulut dah terkunci, apa yang di hati kekal di hati,
Hanya tulisan sebagai luahan,


Aku bukanlah seorang pejuang kemerdekaan,
Tapi aku menjunjung tinggi semangat kemerdekaan...
Salam Merdeka...


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

4 comments:

Anonymous said...

semua alasan dan solusinya dah kau beri.. jgn risau tulisan blogger amat berbisa.. hehe..

Narina Joe "Najo" said...

hehe..xdela..cuma nak lihat semngat kemerdekaan seperti yg dolu2...

IamYonna said...

betul2..
sekarang dah tak rasa.
dah ramai mcm tak menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya.

yonna pun,
semua perayaan pun rasenya mcm dah hari biase =)

Adry said...

aku tak berapa sangat da sambut merdeka ni.. especially tahun.. sakit hati ngan politik semasa..

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com