16 July 2008

Debat Hangatt...! Siapa Menang...??

Assalamualaikum, dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim...let's talk serious today. Malam semalam ialah malam penuh sejarah buat negara kita kerana buat julung kalinya perdebatan terbuka antara 2 ahli politik dari 2 parti berbeza, jelasnya parti pembangkang dan parti kerajaan disiarkan menerusi media2. Saya juga kurang pasti apakah tindakan kerajaan mmbenarkan perdebatan ini disiarkan patut dipuji atau tidak. Kenapa saya cakap mcam ni? Sebabnya, di sebalik penyiaran ni timbul pula pelbagai cerita. Seolah2nya, nampak macam tak ikhlas pulak nak buat program. Yelah, dengarnya masa yang diperuntukkkan untuk siaran asal ialah 90 minutes tapi sebaliknya dikurangkan kepada 60 minutes including 8 minutes provision for commercials. Selain itu, timbul pula perubahan saluran siaran asal, iaitu dari TV3 kepada TV9 ( yang tak meliputi seluruh M'sia ), TV Bernama & Astro Awani ( yang mmrlukan penonton membayar untuk melanggan ). Now, you tell me..ikhlas ke tak ikhlas tu?






Siapa tak tertarik. Dengar tajuknya pon dah ckup untuk membuatkan kita bersedia tolak segala kerja2, sebaliknya tarik kerusi duduk depan tv/komputer untuk lihat sendiri pertembungan 4 mata nih. "Hari ini bina kerajaan, esok turun harga minyak". Agak sinistik bunyinya. Malaysia skarang pon memang hangat dengan isu minyak yg sememangnya tak habis2 sejak dari dulu lagi. Sejak kenaikan mendadak harga petrol ( +RM0.78/L ) and diesel (+RM 1/L), Malaysia makin 'happening'...kecoh!. Pulak tuh just after a month kerajaan berjanji takkan naikkan harga minyak. Tup tup..naik tross! Mana rakyat tak marahh...

I am talking here as an objective third party with no special interests towards both sides. So, tak perlu nak bangkitkan hal saya sokong pihak yang mana satu, tapi saya melihat isu ini secara idealistik. Kalau sapa2 terbaca yg tak puas hati, silakan tinggalkan blog ini. Saya juga mengaku saya ni takdela banyak pengalamn/ilmu dalam bidang politik mahupun ekonomi. Saya tahu and sedar bahawa kalau nak bercakap pasal ni perlukan base of knowledge yang betul, bukan sekadar cakap2 kosong. Tapi saya cume ingin mmberikan sedikit pandangan mengenai hal ni melalui kaca mata & observation saya sendiri.

Saya lihat secara umumnya, dasar debat ini dibuat ialah untuk mencabar pihak pembangkang untuk membuktikan kemampuan mereka menurunkan harga minyak, JIKA mereka diberi peluang untuk memegang tampuk pemerintahan. Sebaliknya bagi pihak kerajaan pula , mereka perlu mmbela diri & menjustifikasikan sebab2 mereka 'terpaksa' menaikkan harga minyak. Ada pihak yang mmpertikaikan bahawa pihak pembangkang masih kurang jelas dalam menyatakan 'proposal' mereka untuk menangani isu minyak ini walaupun telah diberi peluang selama 1 jam. Apa yg saya lihat, secara peribadinya saya nyatakan bahwa kebolehan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menyatakan hujah2 yg bersemenkan fakta & figures sangat menakjubkan. Saya jadi tertarik & x jemu2 mendengar hujah2 beliau. Apa yg dinyatakan memang something new and tak dijumpai pon di mana2 mainstream medias. Penerangan2 tentang perancangannya dinyatakan & dihuraikan dengan jelas. Terbukti sifat profesionalismenya kerana tak mnggunakan sedikit pon peluang ni untuk condemn government but instead mmberikan criticsm. Nama pon debat kan, takkan takde pulak kritikan2 mmbina...

Bagi pihak kerajaan pula, saya puji sikap Datuk Shabery Cheek (DSC) kerana 'berani' berdepan dengan DSAI yg sememangnya merupakan thinker and talker yg paling dasyat dalam arena politik, ni mmg tak boleh disangkal. Tapi masalahnya,DSC lebih terdorong untuk menjadi talker daripada mnjadi seorg yg thinker. Serangan2 peribadi and cerita2 lama banyak ditimbulkan smula dan DSC jgak nampaknye seolah2 cuba mngelak soalan dan mengalih arah pendengar/penonton kpada cerita2 lama. Apa yg dinyatakan cuma pengulangan mantra 'Isu minyak ialah isu global, jadi tak dapat tdak untuk Msia lari drpada masalah ini'.

Sebenarnya, saya berminat untuk menceritakan tentang isu IPP, TNB and Petronas yg timbul dalam isu penjimatan sumber tenaga negara and menyebabkan kenaikan harga minyak negara yg mendadak. Tapi rasanya bahan2 rujukan ni semua boleh didapati dari pelbagai sumber yg available. Saya di sini cume ingin mmberi pandangan peribadi yg smestinya tak terdapat dalam mana2 paper pon. Apa yang saya harapkan ialah pucuk pimpinan haruslah menilai secara terbuka mana2 pandangan/ usul yg dikemukakan oleh mana2 pihak sekalipun demi kepentingan rakyat and ekonomi negara. Kurangkan isu2 rasuah / kronisme/pembaziran. Org kata, kalau takde angin, takkan pokok bergoyang kan? Jangan nanti sampai tahap negara sendiri diprivatisekan dek kerana memnuhi kehendak politicians yg tamak2 nih. Marilah kita sahut semangat menuju wawasan 2020 tp bukan yayasan 2020!

Akhir kata, ini bukan soal siapa kalah siapa menang dalam perdebatan tapi soal mencari penyelesaian bersama2 untuk mengatasi masalah ekonomi negara secara keseluruhannya. Fikir2kanlah...:)

7 comments:

Mr Hafyz said...

mantap...cam kt UK lak kn kalo gov n opposition dpt berdebat dpn tv..

Najlaa Raihana said...

betul, harap kite dapat dengar banyak lagi dr pihak opposition secara terbuka...

redwine06 said...

sememangnya kerajaan tak ikhlas nak tolong rakyat,sekadar melepaskan batuk d tangga. kesian dsai kena arrest pukul 12.55. waran tu bg warning smpai 2pm..org nk balik solat zuhur dl pun kena tgkp.guna polis topeng plak tu siap 15 keta polis escort.gaya mcm tgkap ketua mafia je.

rugi la malaysia klu buang 100 most influence people TIMES tu.yg jahat dan bodoh jgk diangkat jd pemimpin.
Malaysia Politics goin to doom age.

-Faridz- said...

hmm tp kn, jgn nk asik duk protes knaikan hrga mnyak je.. cuba bg idea cmne nk slesaikn mslh tu.. lgpon mmg btol itu mslh global & bukan mslh malaysia je

Najlaa Raihana said...

hurmm..rsenye itulah yg cuba dilakukan pleh DSAI. Memberi cdngan bagaimana langkah2 yg patut kerajaan buat untuk jimatkan sumber tenaga negara dr 40% kepada 20%. Ditambah pulak dengan cdngan penggunaan sebnyak 1 bilion dr dividen yg diberikan pleh pihak Petronas pada gov. Semua cdngan nih dapat mnjimatkan sebnyak 3 bilion yg boleh disumbang pada rakyat sebagai subsidi and at least dpat kurgkan hrga minyak sebnyak 50 cents...nak bg cdngan lain? saye rse saya x berhak nk lawan seorg pakar ekonomi!!

kaptenjack said...

naj,sy sokong kebijaksanaan DSAI..maneleh lawan pakar ekonomi..tgkla cara beliau berhujah,perghhh...sy memang minat politik and ade gak ura2 nak amik law lak one day....hope negara kite selamat dan x huru-hara...

touch_skill said...

masaalah datang dari Allah.. penyelesaian juga datang dari Allah.. minyak naik kerana iman manusia turun.. nak minyak turun bukan dengan naikkan anwar..tapi naikkan iman masing-masing...dengan buat kerja yang telah diwariskan oleh nabi S.A.W kepada ummat ini..nak sebarkan benda yang haq.. (benar) tak perlu media atau pilihan raya... haq tersebar dengan usaha nabi yang original 1428 tahun dahulu.. bast!! (cukup!! dalam bahasa urdhu)