Salam 1 Malaysia! cehwah...(sejak bila kau patriotik ni??)
OK ok..harini aku free sangattt (tangan ke dada, mata ke atas), so aku teringin la nak menulis dan berkongsi cerita dekat sini. Harapnya adalah yang sudi membaca ye. Almaklum, blog ni blog hidup segan mati tak mau.
...................
Macam ni. Minggu lepas, aku holiday sekejap di Penang. Sempena nak pergi majlis kahwin member kepada member aku. So aku teman la dia. Plus aku pun bosan duduk rumah tak buat ape.
Masa on the way tu...macam biasalah, bayar tol kan. Aku pengguna setia Touch n Go. Aku drive and semakin menghampiri lorong TnG. Position cantik punya, sambil tunggu dengan sabar 2 kereta depan melaksanakan pembayaran tol. Tungggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tungguuuu....kereta aku masih di kedudukan yang sama. Takde kemajuan. Ai..ini yang aku bengang ni. Mulalah angin PMS aku muncul.
Aku pon mulalah membebel sorang2..(cuba imagine aku yang pendiam ni membebel, comel kan? ihikk..).
Aku memang pantang lah kalau orang depan aku ada problem. Sebab bakal mneyusahkan semua orang.
arhh...
Aku pun menjenguk2 kedepan.."apekehal nye mamat depan ni boleh snagkut pulak...dah tau ade problem, tekanlah button tu, panggil officer...." hati aku membentak. Cewah membentak...ayat novel tu woi!
Pada masa yang sama..pemandu kereta sangkut tadi keluar, dan memberi isyarat lambai tangan pada kereta di belakangnya. Aku terus memerhati kejadian dia depan mata aku. Dia mengatakan sesuatu kepada pemandu di belakang, dan obviously lah aku tak dapat dengar sebab kereta tingkap semua tertutup kan. Tak semena2..dia berjalan ke arah kereta di belakang dan mengambil kad TnG yang dihulur pemandu belakang tersebut.
Err...what? permainan apakah yang berlaku di depan mata aku sekarang ni?
Pemandu sangkut yang "meminjam" kad TnG tadi meluru semula ke arah keretanya dan scan kad TnG tadi.
"tett..."
Akhirnya dia lepas. Dia terus meluncur perlahan ke depan melepasi besi yang menghalang kaunter tol tadi.
Pemandu kereta belakang mbunyikan hon. Bimbang kad TnG nya dibawa lari oleh pemandu sangkut tadi.
Pemandu sangkut berhenti dan keluar dari keretanya lantas menghulurkan kad TnG dan sekeping not RM5 kepada pemandu belakang. Dan aku memerhatikan gerakan bibirnya mengucapkan, "terima kasih..."
Aku terus memrhati dalam bingung.
Aku rasa apa yang bakal terjadi selepas ni korang pun boleh agak kan?
Pemandu belakang yang sangat jujur, baik hati dan mungkin lebih layak aku panggil "naif" terus meng"scan" kad TnG nye untuk melepasi tol. Aduhh...bijaknya kauu. Dah konfem la kau tak lepas..sebab kau dah bagi kad kau dekat pemandu sangkut tadiii...bijakkk!
Dia tak berputus asa. Cuba scan berulang kali.
Kalau ikut hati aku nak je aku terus keluar dan pergi dekat pemandu tu dan menyatakan betapa "BIJAK" nya tindakan dia tadi.
Seorang pegawai tol menghampiri. Berdiskusi tentang masalah yang terjadi. Beria jugak aku tengok muka pegawai tol tu mengexplain dekat pemandu naif tadi.
Akhirnya pegawai tol bagi lepas jugak.
Aku mengomel sorang2..kawan aku pun dengar dan turut sama mengomel...
"Dia tak faham konsep Touch N Go ke...??"
Dan sepanjang 15minit perjalanan tu aku terus membebel...
....dua dua pon bijak!
3 comments:
Lamanya baru ada post baru..anyway,memang BIJAK sgt pemandutu..aku rs dia bru kluar dr hulu banat kot
oit...anonymous, siapa kau? Hulu banat tu celah mana plak? Mmg konfem hulu sbb aku pon taktau..kihkih..
Nape x tukar lorong lain yg ade Touch n Go Dr.
Post a Comment