Di suatu tengahari.
Lepas aku menyelesaikan urusan2 di pejabat pos aku drive balik. On the way nak balik tu aku singgah jap kat satu gerai. Teringin nak beli goreng pisang dengan keropok lekor. Masa aku nak ke gerai tu ade 2 orang mamat Indon tengah membeli. (Ececeh, dari kejauhan pon aku dah boleh bajet diorang orang Indon). So aku sampai2 gerai, aku terpacak la kejap kat situ bagi memberi laluan untuk akak tu layan belian2 mamat Indon tu dulu.
Sekali mamat Indon tu perasan aku dah berdiri situ lalu menegur,
"Assalamualaikum...." sambil tersengih2...
"Waalaikumsalam....." aku jawab. Dalam hati je la tapinye, sambil membuat muka ketat aku.
"Ni mau air apa?" akak tu tanya dia. Eceh akak ni pon sound dia macam Indon la. Orang Indon jugak la kot.
"Tak kisahla kak air apapa punn asalkan...halaaaalll...." mamat tu jawab sambil sengih2 kat aku.
Mamat tu cuba nak borak2...tapi aku yang tak beremosi ni buat bodo je la. Nak buat ape lagi kan. Then turn aku plak beli.
"Nak yang ni seringgit, yang ni seringgit.." sambil tunjuk kat goreng pisang dan keropok lekor.
"Haa..bagi dia kak..." mamat tu mencelah. Ekeleh, dah habis beli tu blah la. Sebok lagi.
Tetiba mamat tu bawak kuar handphone dia. Pastu cakap, "Boleh mintak nombornya tak...?" sengih2 lagi...
"Boleh laaa...berapa? 0...1...? 2? 9?..."
Aku diam lagi.
"Bagi la...kasihani la saya ni sudah lamaaa single....janganla biarkan saya macam ni...bla bla blaa..."
sambil sengih2 lagi...
Aku diam lagi. Tengah tunggu akak tu bungkus2.
"Sudah kahwin?..belum kan...sebab jari takda cincin tuh..."
"Sudaaaaaahhhhh..." aku jawab je. Geram duh. Mengharapkan dia blah.
"Kamu muslim?"
"Yeee.laaahh.."
"OK. sebab kamu muslim jadi saya percaya kamu sudah kahwin.." sambil sengih2 lagi...
Poyo betul dia ni. Pandai kau reverse psycho aku kan. Huh. Memang masa tu aku terpsycho pon. Yelah, mesti la terase kan. Nama je muslim tapi menipu. Tapi dalam kes ni....ahhh...
Dah habis beli aku terus blah.
Psycho!
p/s Random note, Tahniah untuk S. Kunalan, Amirul Hadi and Safee Sali sebab aku rasa diorang main sangat best semalam...though kalah tapi try je la the best Khamis ni pulak..
7 comments:
Begini lah cabaran pada org2 yg ada rupa...haha...though the guy was a bit dodgy, I'd take it as a compliment of sorts :D
aku baca pon saiko jadinya
cam best je 'reverse psychology' nih..hahaha.. =P
-el nino-
pergh!! gitu plak perginya yer...
'kamu muslim?'
trus dia akan buleh baca riak wajahmu kalau kamu menipu.
berkesan, tapi rasa cam reverse effect jer.. dari yang rasa 'buleh la tahan' trus rasa 'meluatnya mamat ni'
humm humm
Salam Dr. Ape khabar. Sehat ?
2 orang tu ialah sahabat baik saya. Kami selalu buat latihan bersama Malaysia-Indonesia.
Sebagai langkah keselamatan. Lepas ni kalau ada orang berani usik Dr. pun setakat tu saja lah. Tak akan ada lebih dari tu dengan izin Allah. Insya Allah.
Salam hormat dari saya. Assalamualaikum Wrb.
Anon - ahaha u see it from a different point of view...gud for u...;D
Kapten - tau takpeee...
Gjoe - Takleh la cilok idea diorg ni..boring dah laa..
Pocket - Haa..kan kan? Tu la...mase dia tanye muslim tu x saspek apepe lagi..but then dia kuar ayat last tu...pergh..menusuk kalbu tuhh...
GY - Salam. Sihat alhamdulillah. Huhu biar la betul dia ni..xpe2..lpas ni akan lebih berhati2 insyaAllah...
haha..bkn nk curik idea pn..tp variasi yg bleh digunapakai melalui reverse psycho nih...=P
-el nino-
Post a Comment