Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...bersyukur sangat2 atas kurniaan yg diberikan. Semalam exam results keluar. So...aku seperti sangat la cuak untuk menge'cek' results tersebut. Takut sangat kalau-kalau ianya tak seperti yang aku harap-harapkan.
Tapi nak tanak pon, memang kena cek jugak pun kan. Nak tunggu sampai bila? So dengan tangan yang terketar-ketar aku pinjam iphone kawan aku mintak cek kan online results. Sebab masa tu laptop takde depan mata. Dan...dan...dan...bila results terpampang depan mata...aku terus menangis kot. Menangis kegembiraan. Betapalah aku bersyukur sebab rasa macam satu bebanan yg hampir tak terpikul di bahu ni dah terlepas. Aku terus peluk kawan2 aku. Sambil nangis2. Dan masa tu kitorg dalam surau college. Baru lepas solat zuhur.
Sebenarnya aku takut bukan apa. Satu sebab aku memang dah tak sanggup lagi mengadap buku-buku tebal bertimbun-timbun, nota-nota seberat 7/8 kati tu. (7/8 kati same dengan berapa kg tah...aku bantai je ni). Serius tak sanggup. Seriuss. Serius giler. Eh, betul punye serius niii. Ok. annoying gile. Cukup ah.
Lagi satu sebab ialah...kalau kena supplementary exam (repeat) makanya plan yang telah dirancangkan sejak awal tahun untuk membuat electives di Queen Elizabeth's Hospital, SABAH. (Sabah wei!) terpaksa dilupakan. This is the only opportunity to experience how QE really is. Dan kenapa la pulak aku sebok2 nak mintak practical kali ni dekat Sabah kan?? Sebabnyaaa...ialah...aku terfikir untuk membuat housemanship aku nanti dekat Sabah! Dah lama sebenarnya plan ni bermain di fikiran. Tapi macam tak pernah nak bagitau sapa2 kecuali beberapa orang kawan rapat.
Tapi of course la ini bukan final decision. Nak kena tengok keadaan semasa jugak la. Ianya bergantung kepada....ehem...bergantung pada...ahh dia mesti tau. Malas nak citer lebih. Sebab tu aku beria nak pergi sini. Nak tengok dulu keadaan hospital ni macamane. Sesuai tak untuk aku kerja HO selama 2 tahun nanti kalau aku mintak sini. Kalau la kan.
Dan dan...mama baru je cakap. Maybe aku boleh follow dia buat umrah hujung bulan disember nanti. Aku teringin sangat. Nak merasa buat umrah jugak. Dah la masa famili aku pergi dulu, aku tak sempat nak join. Masa tak mengizinkan. InsyaAllah kalu ade rezeki dari-Nya, buat umrah la aku tahun ni. Tapi kalau bukan lah rezeki aku untuk buat umrah tahun ni, aku redha je.
So, apepahal, esok aku nak balik Kajang. Cuti secara rasminya dah bermula sejak semalam. Rindu giler dekat kawan-kawan kot nanti 2 bulan tak jumpa. Huhu...rindu...! Dan seminggu lepas berehat di rumah, masa untuk aku ke Sabah akan tiba....
SABAH, HERE I COME!! =)
and with this....I AM NOW OFFICIALLY A FINAL MED STUDENT!!! wuuu lagi cuakkk~
7 comments:
wahh..cayalah kak ngah! congrate :)
Tahniah..
tapi kenapa nk HO di sabah?
ahaa aku terasa mcm ko ada byk benda yg kena cite ni hehe
nathrah - thanx my dear cuzzie..
azah - terima kasih...HO di sabah? sebab nak cuba environment baru...=) heh..tapi mmbuat keputusan mutakhir tidaklah semudah yg disangka...byk benda kena consider...
miss ayda - haha..pandai la kooo~=p
hehe.. HO di sabah dpt duit byk sket...
oncall sentiasa...
zah - btol..itu salah satu sebab jugak tu berminat nk buat kat sane..allowance banyak..hehe
Sabah wooo...sana ramai awek cun.erk..kau kan minat kat awek cun..
Post a Comment