23 May 2009

Tentang Kereta (Why does this sound soo...'GUY'ish?)

Hari itu aku memandu atas jalanraya yang agak sempit tapi lengang. Aku memang pantang betul kalau nampak jalan lengang-lengang ni. Mulalah adrenaline rush aku naik mendadak. "Ahh..takleh jadi ni! Aku mesti press minyak kuat-kuat." 


Kereta aku meluncur laju.


Tengah sedap-sedap driving ni, aku nampak ada roadblock dekat depan. "Damn!". Takpe, takpe buat selambe je. Takde problem. Aku drive slow-slow membuntuti kereta-kereta lain yang semuanya 'lepas'. Aku yakin yang kereta aku boleh 'lepas' jugak. Tapi yang peliknya, jantung aku masih berdegup laju. 

Sampai-sampai je kereta aku dekat tempat polis tu berdiri, polis tu boleh pulak lambai-lambai kat aku. Hehe, aku tau la aku cute. Gatal betul pakcik polis nih. Sempat lagi dia ye. Tapi untuk menunjukkan kesopanan yang diterapkan sejak kecil, aku ingat aku kena balas lambaian pakcik polis ni. Baru je aku nak angkat tangan, aku nampak polis tu dah stop melambai. Sebaliknya, tangan dia mengarah kereta aku ke tepi jalan. "Damn!" hati aku menjerit. Takkan aku kena...........arghh!!!

Kereta aku berhenti di tepi jalan. Aku buka tingkap. Pakcik polis tu terus bagi sehelai kertas. Aku masih berfikiran positif. "Mungkin pakcik ni nak mintak number telephone aku ni kot...eheh pakcik polis nii...". Tapi harapan tinggal harapan. Worst nightmare aku datang. Aku nampak perkataan "SAMAN" dekat kertas tu dan sejumlah bayaran denda yang perlu aku langsaikan!

Seluruh badan aku menggigil bila aku nampak denda yang aku perlu bayar berjumlah.........


RM 1200!!!





Logik ke? Tak logik kan? Memang tak logik pon. Sebab semua ni berlaku dalam MIMPI aku je. Aku mimpi ni malam Jumaat.


*muka tak bersalah terhadap pembaca*


Bangun pagi Jumaat tu hati aku tak tenang betul. Boleh pulak aku mimpi macam tu yek. Dan dalam kereta, on the way ke kolej, aku bagitau kawan aku pasal mimpi tu. Kami pakat gelak sama-sama. 

Dan pagi Jumaat itu juga, sedang kereta aku meluncur perlahan di atas jalanraya, aku nampak seorang pegawai polis trafik melambai-lambai ke arah kereta aku. Aku dan kawan aku dah tak tentu arah. Masing-masing senyap. 


Rupa-rupanya polis tu tahan motor yang membuntuti kereta aku di belakang.


"Deym la polis niiiii...!!! arghh!!". 


Petang Jumaat tu, on the way ke Queensbay, tiba-tiba banyak pulak aku nampak signboard "Pemeriksaan Polis"

Apa maknanya semua ni?? 


Aku cuba melupakan semuanya. Aku perlu enjoy. Friday Night adalah hari enjoy untuk aku. Aku pergi tengok wayang, aku pergi makan pizza. 



-serabut betol aku...-



OK. Selesai enjoy.


Aku nak keluar dari parking spot aku. "Daymm! sempit gile la tempat nak keluar kereta ni." Depan aku ada kereta, kiri aku ada kereta, kanan aku ada tiang. Aku ingat skill aku dah mantap. Aku try la slow-slow keluar. Reverse, forward, reverse, forward....BAMM!!! kereta aku bercium plak dengan bumper kereta sebelah kiri tu. "DAMN!!!!"

Problemnya, kereta tu dah macam tak boleh nak gerak mana-mana. Kalau gerak je, memang konfem kemek ah. Aku dah mati akal. Seriusly aku cuma wish satu benda je time tu. Aku ada superpower boleh tolak kereta aku supaya tak bercium dengan kereta tu. "Arghh!!

Kawan aku cakap, kena panggil sape-sape ni. Adoii nak nangis aku. Aku nampak ade pasangan suami-isteri muda baru keluar dari shopping kompleks tu. Aku terus lari kat diorang. 


"Abang boleh tolong saya tak?? kereta tu.....saya taktau nak buat apa dah....dia dah terlanggar kereta sebelah tuu....."


Brother tu pon tolong la adjust position kereta tu. Masa dia nak reverse tu, memang aku nampak dengan mata kepala aku sendri kereta tu ade kemek sikit. Sakitnyaa hatiii....tak dapat digambarkan dengan kata-kata!!

Aku say thanks kat brother tu.  Aku terus blah. 






"Hurmm, ko rasa ada kaitan ke dengan mimpi aku malam semalam tu??" aku bertanya sendiri....

"DAMN!"

17 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Welcome to the club!

Narina Joe "Najo" said...

deym!! argh...

mazlanmnrai said...

keta yang ko langgar tu kemek x..? ko blah mcm tu jer ka..?
dlm parking lor Queensbay Mall tu ada CCTV..huhuhu

Kapten Luffy said...

erk

gadis kacamata :p

tapi muka tak serabut pun

musykil

muahahaha

Narina Joe "Najo" said...

mazlan - kete seblah tu xde ape ape pon. dah bercium bumper je. nak kemek apenye. kete aku tuh yang kemek sket adelaa...huhu


luffy - serabot ar....serabut otak...heh

Kapten Luffy said...

erk

baru perasan

gadis pink!

atok said...

mimpi mainan tdur.
eheh len kali pandu elok2 yee.
ngaha.

Narina Joe "Najo" said...

luffy - ingat, true man wears pink!=p


atok - insyaAllah..

Faizul said...

tinggalkan note say sorry terlanggar tak?

ako said...

Mkin mimpi e2 petanda!!
kemek 2 da p touch-up ke naj???
xpe pandu cermat igt org tersyg... =P

Narina Joe "Najo" said...

dude - do i have to? kete tu ok la..


ako - blom touch up pon, x trok,mcm xde apepe, so rase tak worth it la plak klu nk anta ketok

thefourtharif said...

nasib baik ko selamat... kalo x susah aku nak amsuk meminang.... oopss x ada kaitan... hahhaha apa kabar saudari najlaa??

Anonymous said...

haha..1200?mempermainkan perasaan pembaca betul..;p

n true man wears erything he wants..haha..


-dumaji-

mazlanmnrai said...

hahahah..ko memang lawak..wehh..jom p makan kat sungai nibong lunch nanti..?

Narina Joe "Najo" said...

asrih - owh Asrih, how i miss your silky voice! haha~ rindu nk dgr kau menyanyi laa. im doin just fine here..


dumaji - heh, it's a dream anyway. lol, yah right...


mazlan - mkn lunch? aiseymen. mmg tak dapat la bro. bz...

Hariri Hazwan said...

penang akak..mmg mcm ni la drivers kt sni..tu yg polis selalu roadblock tu..membe punya keta dh ade yg kena patahkan side mirror..so be careful in penang!..comment ni should be anonymous kot tapi xpe la..

Narina Joe "Najo" said...

hariri - owh another pmc jr student?=) its ok la..no need to be anonymous...